PEMULIHAN KHAS
1. PENGENALAN
Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira ( 3M ).
Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada 3M dan murid-murid yang tidak menguasainya dibantu melalui Program Pemulihan Khas. Pengajaran dan pembelajaran pada Tahap 1 (Tahun 1-3) akan
membolehkan guru-guru mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan asas 3M. Seterusnya pihak sekolah berusaha menyediakan Program Pemulihan Khas bagi mengatasi masalah penguasaan asas 3M.
Fokus ke arah membasmi masalah 3M ini turut termaktub di dalam teras ketiga : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan teras keempat : Merapatkan Jurang Pendidikan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006–2010 . Melalui kedua-dua teras ini, beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan murid-murid menguasai kemahiran asas 3M pada tahap 1. KPM akan memperkasakan Program Pemulihan Khas dengan menaik taraf kelas pemulihan dan menyediakan guru pemulihan khas terlatih yang mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid (SKM).
2. DEFINISI
2.1 Definisi Program Pemulihan Khas
“Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.”
2.2 Definisi Murid Pemulihan Khas
“Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran
asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan
kognitif”.
2.3 MATLAMAT
Memastikan semua murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M.
2.4 OBJEKTIF
Setelah mengikuti program ini murid dapat:
a) menguasai kemahiran asas 3M
b) meneruskan pembelajaran di kelas biasa
c) membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran.
3. PUNCA DAN BIDANG KUASA
Surat Siaran Kementerian Pelajaran
(yang masih digunapakai)
3.1 Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil
KP(BS)8594/Jld.11/(32)bertarikh 22Jan. 1985.
KP(BS)8594/Jld.11/(32)bertarikh 22Jan. 1985.
(Guru Khas Pendidikan Pemulihan)
3.2 Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.
Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26)bertarikh 28Jan.1986.
Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26)bertarikh 28Jan.1986.
(Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)
3.3 Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.
Bil.KP(BS)8502/PK/Jld. V(29) bertarikh 17Mac.1986
Bil.KP(BS)8502/PK/Jld. V(29) bertarikh 17Mac.1986
(Pengawasan dan Penyeliaan Program Pemulihan)
TATACARA PELANTIKAN GURU
PEMULIHAN KHAS
Berikut adalah tatacara yang mesti diikuti dalam melantik guru pemulihan khas.
4.1 Kelulusan Ikhtisas Guru Pemulihan Khas
Bagi mempastikan keberkesanan serta menjamin tahap kualiti pengajaran dan pembelajaran di Kelas Pemulihan Khas adalah dicadangkan kriteria kelulusan berikut diambil kira:
a) Diploma Khas Pendidikan Pemulihan Khas (KDPSijil Perguruan Khas
Pendidikan Pemulihan Khas (KSPK)-Setahun
b) Sijil Kursus Dalam Cuti (KDC) Pemulihan Khas 6 Bulan
c) Sijil Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) Pemulihan Khas 14 Minggu
d) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas (Pemulihan Khas)
PENGURUSAN FAIL
a) Fail Individu Murid yang mengandungi dokumen
seperti berikut: i. Borang Pencalonan.
ii. Profil Murid Pemulihan.
iii. Ujian Saringan dan Diagnostik
iv. Rekod Prestasi Ujian Diagnostik
v. Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
vi. Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.
b) Fail Lembaran Kerja Bahasa Melayu/ Matematik
(disediakan secara individu)
i. Rekod Prestasi Ujian Diagnostik
ii. Lembaran Kerja
c) Fail Jawatankuasa Pemulihan Khas Peringkat Sekolah
d) Fail Data Murid
e) Fail Perancangan Program Pemulihan Khas
i. Pelan Tindakan Program
ii. Takwim program
iii. Carta Gantt aktiviti sepanjang tahun
iv. Jadual Waktu
v. Borang Tindakan Susulan
Rekod Kedatangan Murid
a) Rekod Kedatangan Murid di kelas pemulihan khas hendaklah disediakan bagi
merekod kehadiran murid setiap hari
b) Rekod ini boleh dijadikan rujukan kekerapan kehadiran murid ke kelas
pemulihan khas
c) Kerjasama antara guru kelas dan guru pemulihan khas.