PEMULIHAN KHAS

PEMULIHAN KHAS

1.              PENGENALAN

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi  masalah  khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira ( 3M ).
Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada 3M dan murid-murid yang tidak menguasainya dibantu melalui Program Pemulihan Khas. Pengajaran dan pembelajaran  pada Tahap 1 (Tahun 1-3) akan
membolehkan guru-guru mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan asas 3M. Seterusnya pihak sekolah berusaha menyediakan  Program Pemulihan Khas bagi mengatasi masalah penguasaan asas 3M.
Fokus ke arah membasmi masalah 3M ini turut termaktub di dalam teras ketiga : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan teras keempat : Merapatkan Jurang Pendidikan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006–2010  . Melalui kedua-dua teras ini, beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan murid-murid menguasai kemahiran asas 3M pada tahap 1. KPM akan memperkasakan Program Pemulihan Khas dengan menaik taraf  kelas pemulihan dan menyediakan guru pemulihan khas terlatih yang mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid (SKM).
2.    DEFINISI

2.1      Definisi Program Pemulihan Khas

“Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.”

2.2   Definisi Murid Pemulihan Khas
  “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran
   asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan
   kognitif”.

2.3   MATLAMAT

Memastikan semua murid Tahap 1  menguasai kemahiran asas 3M.

2.4   OBJEKTIF

Setelah mengikuti program ini murid dapat:
a) menguasai kemahiran asas 3M
b) meneruskan pembelajaran di kelas biasa
c) membina  keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran.


3.         PUNCA DAN BIDANG KUASA

Surat Siaran Kementerian Pelajaran 
(yang masih  digunapakai)

3.1 Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil 
     KP(BS)8594/Jld.11/(32)bertarikh  22Jan. 1985.
(Guru Khas Pendidikan Pemulihan)

3.2 Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.
     Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26)bertarikh 28Jan.1986.
(Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)

3.3 Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.
     Bil.KP(BS)8502/PK/Jld. V(29) bertarikh 17Mac.1986
(Pengawasan dan Penyeliaan Program Pemulihan)

                          TATACARA PELANTIKAN GURU
           PEMULIHAN KHAS
         Berikut adalah tatacara yang mesti diikuti dalam melantik guru pemulihan      khas.

4.1   Kelulusan Ikhtisas Guru Pemulihan Khas

Bagi mempastikan keberkesanan  serta menjamin tahap kualiti pengajaran dan pembelajaran di Kelas Pemulihan Khas adalah dicadangkan kriteria kelulusan berikut diambil kira:
a)  Diploma Khas Pendidikan Pemulihan Khas (KDPSijil   Perguruan    Khas
     Pendidikan Pemulihan Khas (KSPK)-Setahun
b)  Sijil Kursus Dalam Cuti (KDC) Pemulihan Khas 6  Bulan
c)  Sijil Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) Pemulihan  Khas  14 Minggu
d)  Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas (Pemulihan   Khas)

                                    PENGURUSAN FAIL

 a)       Fail Individu Murid yang mengandungi dokumen
            seperti berikut:  i.  Borang Pencalonan.
          ii.   Profil Murid Pemulihan.
          iii.  Ujian Saringan dan Diagnostik
          iv.  Rekod Prestasi Ujian Diagnostik
          v.  Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
          vi.  Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.

                   b)      Fail Lembaran Kerja Bahasa Melayu/ Matematik
                             (disediakan secara individu)
          i.    Rekod Prestasi Ujian Diagnostik
          ii.   Lembaran Kerja

c)       Fail Jawatankuasa Pemulihan Khas Peringkat  Sekolah

d)       Fail Data Murid

e)       Fail Perancangan Program Pemulihan Khas
          i.    Pelan Tindakan Program
          ii.   Takwim program
          iii.   Carta Gantt aktiviti sepanjang tahun
          iv.  Jadual Waktu 
          v.   Borang Tindakan Susulan

                             Rekod Kedatangan Murid

a)   Rekod Kedatangan Murid di kelas pemulihan khas hendaklah disediakan bagi
      merekod kehadiran murid  setiap hari
b)  Rekod ini boleh dijadikan rujukan kekerapan kehadiran  murid ke kelas 
     pemulihan khas
c)   Kerjasama antara guru kelas dan guru pemulihan khas.













Category:
Category:
Category:
Category:
Category:
Category:
Category: