DISLEKSIA

Ada diantara murid tahun 1 menghadapi masalah untuk membaca dan menulis. Mungkin murid kita itu menghadapi masalah disleksia. sebenarnya bukan kanak-kanak sahaja yang menghadapi masalah ini tetapi ada juga golongan dewasa yang mengalaminya. Apa itu disleksia ? 


DEFINISI


Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:- 
o  Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
o Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
o  Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan.


APA ITU DISLEKSIA?


Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA?
Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.

Jenis-jenis Disleksia
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :


disleksia visual (penglihatan)

Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik.


disleksia visual (pendengaran)

Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan.





KETURUNAN VISUAL AUDIOTORI

Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio 

PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996,antarapunca-punca 


KETURUNAN ATAU GENETIK


Kebanyakan kes terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama.kemungkinan punca ini boleh diwarisi .kajian telah membuktikan disleksia disebabkan kromosom yang boleh diperturunkan secara turun temurun.

Kematangan 

Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia 

CIRI-CIRI DISLEKSIA

Kanak-kanak pra-sekolah :

  • kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
  • suka mengganti perkatan dan hiperaktif
  • kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
  • seringkali terlupa nama benda atau pelajaran yang dipelajari
  • tidak merangkak semasa bayi
  • suka mendengar bacaan tidak minat membaca sendiri
  • kanak-kanak 6 hingga 9 tahun

- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf
   dan nombor

- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca

- Keliru dengan kiri dan kanan

- Tulisan cermin atau terbalik (9 hingga 12 tahun)


  • kesilapan membaca dan mengeja dan lemah dalam kefahaman
  • mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
  • kesukaran menyalin maklumat yang terdapat di papan putih
  • lemah dalam pelajaran dan kurang berkawan
  • kesukaran menulis karangan 
  • keliru dengasn nombor
  • jenis orang yang senyap
  • kurang kemahiran sosial


MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLESIA

Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada; Mengeja

Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;

m – w y –g – j u – n m – n
c – e p – q h – n b – d



Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti

t-h-f-v

MEMBACA

Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti:

Batu-tuba

Gula-lagu

Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:
pada masa yang sama – dapa masa yang masa


Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut :

Bahasa inggeris dengan Bahasa Melayu

Jam – jem
cat-cat

MENULIS

Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik 


nombor
 Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :

3,5,8


- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal
  dan pandai 
  mengikat tali kasut


LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLESIA

- Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya

- Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak
   hal tetapi tetap disayangi.

- Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan
  semulajadi
-sentiasa melayan karenah
-membimbing serta memberikan kasih sayang











Category: